Sunday 28 October 2012

sUmbEr mAkaNan unTuK raMbUt sIHAt



Selain dapat memperbaiki penampilan,rambut yang sihat sememangnya menjadi dambaan setiap wanita tak terkecuali lelaki. Berikut adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut kita.

1.Telur
Selain menjadi jenis makanan yang paling popular,telur juga boleh menjadi sahabat rambut kita.Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut untuk kekal sihat dan bermaya.

2.Gandum
Bukan sekadar makanan terbaik ketika bersarapan,gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.

3.Beras Merah
Beras merah membuat kita kenyang lebih lama.Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.

4.Ikan Salmon
Ikan yang menjadi primadona ini juga menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat.Kandungan omega 3 yang melimpah,ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 menjadikan kulit kepala kekal sihat.

5.Sayuran Hijau
Anda boleh mencuba mengambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

6.Vitamin C
Bukan hanya dikenali sebagai sahabat sejati kulit yang cantik,vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan rambut.Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren,nanas,strawberi,lemon,paprika,kubis brussel dan jambu batu.Selain sebagai penyumbang vitamin C,ia juga membantu menjaga folikel rambut,pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.

No comments:

Post a Comment