Wednesday 26 September 2012

aRoMatErapi RuMpUt



Kajian yang dilakukan oleh Dr. Lavidis selama hampir tujuh tahun tersebut berjaya dibuktikan melalui aroma rumput yang baru sahaja dipotong mampu menenangkan perasaan dan jiwa yang gelisah. Menurut beliau, rumput segar yang baru dipotong akan melepaskan sejenis zat kimia. Dan jika zat kimia yang dilepaskan oleh rumput itu dihidu dan dicium, ia bakal mewujudkan emosi gembira.
Selain itu, sebatian kimia tersebut juga dapat meredakan perasaan jika berada dalam emosi yang tertekan. Malah, aroma rumput ini berfungsi sebagai agen pencegahan kepada penurunan gangguan mental ketika di usia lanjut. Zat kimia yang dihidu, akan secara langsung bekerja terus ke kepala manusia, yang melibatkan 2 bahagian khusus iaitu amyglada (sekelompok saraf berbentuk kacang) dan hippocampus (bahagian utama dalam otak).
Kedua-dua bahagian kepala ini berkait rapat dengan pendalian emosi dan juga memori. Pada masa yang sama, bahagian ini bertanggungjawab ke atas pelepasan hormone stress yang mengakibatkan seseorang itu berasa tertekan. Kepala juga turut bertanggungjawab terhadap system daya tahan badan dan system endoktrin yang mengawal pelepasan hormone stress.  Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakan individu yang mencium aroma rumput yang segar ketika berjalan di taman mahupun kawasan pergunungan pasti akan berasa nyaman. Ia disebabkan kerana zat kimia tersebut telah pun bekerja di kedua-dua bahagian yang disebutkan tadi.
Stres boleh terbahagi kepada 2 kategori. Stres pertama digelar sebagai tekanan yang mendatangkan kebaikan. Perasaan tertekan dalam kategori baik akan membantu individu melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh demi mencapai hasil yang optimum. Manakala tekanan dalam kategori tidak baik pula mampu membuatkan individu bertindak di luar kawalan. Malah, perasaan yang tertekan akan meningkatkan kadar tekanan darah, menganggu daya memori dan juga melemahkan system ketahanan badan. Perasaan tertekan ini bersifat bahaya kerana ia boleh merosakkan bahagian hippocampus dalam otak dengan mengurangkan hubungan komunikasi antara sel-sel sehingga boleh memberi kesan kepada hilangnya daya ingatan. Oleh itu, Dr. Lavidis menyarankan agar setiap individu memberi ruang kepada diri untuk berasa tenang dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hingga ke 15 minit setiap hari untuk menghirup udara segar.
Bagaimanapun, jika masih tidak berkesempatan melakukan aktiviti tersebut, jangan bimbang kerana minyak wangi ataupun cecair aroma terapi yang diperbuat daripada ekstrak rumput kini mudah didapati. Malah kesan daripada kedua-kedua jenis produk ini sama baiknya dengan mencium aroma rumput segar dari tanah lapang.

No comments:

Post a Comment